I followed a group in facebook and there was post from a friend. Spend a lil bit time to read :)
Assalamualaikum syeikh sekalian.
Hamba Allah yang dhaif ini nak berkongsi serpihan bingkisan hati. Harap ada yang sudi membaca dan in shaa Allah boleh dijadikan booster untuk terus tegakkan kalimah Laa ilaa ha illa Allah.
Sepanjang berdakwah di sekolah,pengalaman pertama berdakwah kepada rakan sebaya. Ana merasakan dakwah itu susah dijalankan kerana masih mentah dalam perjuangan ini. Ana sangat mengharapkan warga sekolah ikut syariah Islam 100%. Namun masih ada aspek yang kurang diamalkan dengan betul. Rasa macam ramai yang ada di sini x amal islam dengan betul.
Tapi, lepas masuk PLKN,ana baru sedar bahawa baiah solehah di sekolah ana tu masih boleh dianggap sangat memuaskan. DI PLKN, ana berjumpa dengan masyarakat dari pelbagai identiti. Kalau di sekolah ana dulu,kebanyakan dari pelajar yang memang bijak pandai. Yang tahu asas agama. Yang tahu solat dan dijaga solatnya. Di PLKN, pelatih2 yang ada di sana datang dari macam2 background dan profile. Ada yang sekolah harian, sekolah teknik,x bersekolah pun ada. Ada yang dari Sabah dan Sarawak. Ada yang x pernah tahu cara solat. Bayangkanlah. 17 tahun hidup, x pernah solat. Ada yang pernah berzina,minum arak,dan jual akidah.
Di PLKN,lelaki perempuan dah macam xde batasan pergaulan. Dakwah di sekolah juga bagi ana amat mudah jika dibandingkan di PLKN. Penerimaan yang agak berbeza. JIka di sekolah,masih lagi mudah kerana mereka tahu tentang hari Akhirat,syurga dan neraka. Tapi di sana,dakwah amat susah disampaikan. Ana belajar banyak taktik untuk berdakwah. Yang mesti kena pada tempat dan keadaan,cara berbahasa,mempengaruhi cara pemikiran mereka,dan banyak lagi.
Ada seorang rakan ana yang dipulaukan kerana dakwah dengan cara yang x boleh diterima mereka. Pada pendapat ana,jika dia berdakwah di sekolah,pasti efektif. Tapi cara penyampaian kepada orang yang nak disampaikan sangat mempengaruhi penerimaan oleh orang yang menerima. Sejujurnya, pemikiran mereka amat berbeza dengan majoriti pelajar sekolah ana. Gaya hidup Islam dianggap asing.
Tapi alhamdulillah, ana berjaya berdakwah kepada mereka dengan ilham dan ilmu yang Allah kurniakan. Allah mengajar ana cara mempengaruhi mereka. Allah memberi ilham kepada ana untuk memberi tazkirah akidah yang boleh mereka terima. Allah membuka hati mereka untuk menerima ilmu tentang solat. Allah permudahkan mereka untuk mengamalkan ilmu yang kami sampaikan.
BUkan hajat ana untuk menghebahkan dakwah yang ana lakukan. Cuma ana ingin berkongsi asas dan taktik dakwah yang Allah ajarkan kepada ana.
1. Doa.(minta Allah permudahkan)
2. Fikir (minta ilham dari Allah)
3. Jangan takut.(jadikan Rasulullah sebagai motivasi terbaik)
4. Lakukan kerana Allah.(cari keredhaan Allah,tujuan kita hidup)
5. Tawakkal lepas usaha.(minta Allah berkati usaha)
Lepas habis PLKN,skop ana tentang realiti umat zaman ini makin luas. Ana baru jumpa orang yang pelbagai background,tapi masih belum jumpa dari pelbagai peringkat umur. Ana baru jumpa yang sekurang kurang nya tahu syaahadah,tapi masih belum jumpa masyarakat yang terus membenci Allah dan Rasul NYa.
Ana tahu, pengalamn ana masih lagi ibarat sekeping granum dalam chloroplast di dalam kebun seluas 20 hektar jika dibandingkan dengan pengalaman dan ilmu syeikh2 yang lebih senior dari ana. Tapi ana rasa x salah jika ana ingat kan rijalullah yang membaca post ini.
Pemuda Allah sekalian. Sedarlah realiti umat zaman sekarang. Islam ibarat suatu perkara yang asing dalam masyarakat Malaysia ini. Akidah ibarat lalang. Iman senipis kulit bawang.
Seorang tok guru ana pernah berkata " Allah takdirkan kamu dapat belajar ilmu Allah,belajar akidah,sebab Allah takdirkan kamu untuk menyebarkan ilmu dan membetulkan akidah masyarakat."
Di sini,ana ingin mengambil ruang dan peluang untuk memohon syeikh2 sekalian. Islam itu berat terpikul di bahu kita. Kerana redha Allah itu pun berat untuk kita dapat. Ana mohon doa dari syeikh2 sekalian agar kita sama2 bangun, bina kekuatan dan satukannya untuk agama yang Rasulullah perjuangkan ini.
Semoga usaha kita Allah lihat. Semoga Allah memberikan rijalullah yang membaca post ini rahmat dan ilham. In shaa Allah. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment